Total Pageviews

Saturday, February 19, 2011

RASULULLAH PEMIMPIN AJAIB

Sungguh Ajaib kepimpinannya
Selama ini Punah menjadi selamat
Mulanya penentang bertukar Pembela sejati
Itulah keajaiban zaman kenabian dan sahabat

Ajaib sungguh
Sebelum ini menyekutukan PenciptaNya
Kini mengabdikan diri sepenuhnya kepada Maha Esa
Membesarkan Allah melalui ibadah tarbiyah diri
Ajaib sekali perubahan ini
Sebelum ini jahiliyah kini berilmu
Sebelum ini  hidup menderita kini terbela
Sebelum ini berkasta kini tiada kecuali taqwa

Ajaibnya masa itu
Hati sekeras batu menjadi selembut Air 
Sikap yang zalim menjadi penyanyang
Sikap yang Angkuh kepada merendah diri
Memang Ajaib sekali
Sikap pemarah kepada peramah
Tamak haloba kepada pemurah
Sifat Bakhil kepada dermawan

Ajaibnya dahulu berperang bermatian merebut harta kuasa
Kini berjihad memburu syahid  menebar luas Agama Allah
Dahulunya bertarung kerana membela bangsa sendiri
Kini berperang kerana Membela Agama Allah semata
Ajaib sungguh kebangkitan lampau
Kisra Parsi dan Kaisar Rom habis diruntuhkan
Musuh gergasi gerun gentarlah sudah
Musuh menjadi kawan menegak Agama

Alangkah Ajaibnya
Dahulu berpecah kini bersatu
Dahulu bermusuh kini bersaudara
Itulah Muhajirin dan Ansar sahabat sejati
Sungguh Ajaib melihatnya
Persaudaraan indah terbesar pertama tercipta sudah
Muhajirin dan Ansar bersatu teguh tidak runtuh
Sahabat sejati bagai bintang dilangit mewarnai madinah

Itulah keajaiban kepimpinan pesuruh Allah berjasa
Membolak balikan hati yang Mazmumah kepada Mahmudah
Itulah kepimpinan yang Ajaib Rasul Teragung sepanjang zaman
Akhir zaman bangkit  kembali keajaiban yang terpendam ini

Monday, February 14, 2011

KEKASIH AGUNG PERMATA DUNIA

Tanggal 12 Rabiulawal Isnin Subuh Tahun Gajah
Lahirlah seorang Insan Agung pembela dunia
Kemunculannya dikhabarkan sudah
Dalam Taurat serta Injil Zaman Nabi Musa dan Isa A.S

Seorang Anak Yatim yang bertuah
Kekurangan kasih Ibu dan Ayah
Ibu susuannya Halimatul Sa’diah
Muhammad namanya terpuji mulia
Dialah kekasih Agung permata dunia
Gelarannya Al-Amin insan benar jujur pekerti
Pemuda luhur budi bicara cantik bahasanya
Berdakwah mengembangkan Agama Allah

Sifat perwatakan terpuji sangat menyerlah
Insan penuh tawaduk budi pekerti tiada bandingan
Contoh sekalian penghuni Alam Buana
Mukjizat terbesar Al-Quran panduan umat sejagat
Semangat keperwiraan sudah terserlah
Pemberani dan penegak Agama Allah
Contoh terbaik kepada Umat Akhir Zaman
Pahlawan perkasa berbakti menaburkan jasa

Rasulullah kekasih teristimewa
Rahmat Allah memayungi dilindungi sentiasa
Dakwah islam bermula berkembang keseluruh buana
Berkat disuluh kebenaran penciptanya
Sudah lebih 1400 tahun dikau meninggalkan kami
Engkau insan sempurna hamba Allah paling bertaqwa
Penghulu segala Nabi Imam seluruh Manusia
Selawat keatasmu Insan penuh berjasa pada umat

Wahai Kekasih Agung permata dunia
Engkau pergi meninggalkan harta terbesar
Mewasiatkan khazanah berharga kepada umatnya
Quran dan sunnah panduan sepanjang zaman
Wahai seorang Kekasih Teragung
Menyebarkan kebenaran menebarkan dakwah
Tugasmu diwarisi hamba dagang pewaris nabi
Menyebarkan dakwah Amanah dilaksanakan 

Sempena Maulidul Rasul dikenang setiap tahun
Adalah untuk menghayati kembali berfikir sejenak
Muhasabah diri perjuangan menegakkan kebenaran
Rindunya kepadamu berilah syafaat kepada kami semua

DAGANG HAMBA

Dagang hamba sufi bertuah
Di bumi terasing tersisih sendiri
Laksana amanah datang berkelana
Seantero sini dia mengembara

Dagang hamba ke seberang timur
Membawa benih yang diasingkan orang
Setitis embun penyiram hati tenang dikecapi
Hamba beriman menjunjung kebenaran teragung
Dagang hamba ke rantau nusa
Menyebarkan hakikat disembunyikan orang
Sunyi sepi keseorangan tidaklah terasa
Kerana hati di linkungan kasih sayangNya

Dagang hamba mengundik ke hulu dan hilir
Membawa pakaian hiasan taqwa mursyid betarbiyah
Memberikan asuhan membersihkan jiwa menghulurkan jasa
Daripada kosong kepada pengisian berhikmah bersempadan
Dagang hamba tiadalah bersedih
Hati tenang teguh tidak runtuh
Pahlawan umat berbakti berjasa
Menjelang tiba penyatu ukhwah

Dagang hamba perwira berjasa
Pewaris nabi akhir zaman
Sebaik kurniaan digunakannya
Sebar kebenaran patahkan kebatilan
Dagang hamba kian menghilang
Seiring Islam yang kembali berdagang
Mana hendak dicari galang gantiannya
Pewarisnya tiada pasti bangkitnya kembali

Dagang hamba mengasingkan diri
Kerana dunia dipenuhi seteru merata
Perginya tak disedari pulangnya kemenangan
Mengejutkan dunia mauliqun adat  yang hilang
Dagang hamba beransur pulang
Menjelang petang meraih tangkapan
Tugasnya murni mubaligh keramat
Membawa kemenangan menyedarkan umat

Dagang hamba mengagungkan Kasih Tuhan
Menjunjung kasih Rasul Nabi Akhir Zaman
Pulangnya rahmat berkat seluruh buana
Mengudik pelayaran menuju kelembah sana

ORANG DAGANG DI AKHIR ZAMAN

Orang dagang di Akhir Zaman
Hatinya meronta jiwa tersiksa
Menempuh hari menuntut kesabaran
Bertahan teguh walaupun bergoncang

Hidup terasing tersisih sendiran
Sunyi sepi sendiri tiada berteman
Hidup diluar jemaah tiada bahagia
Bahaya dirasai terasa diterkam selalu
Hidupnya bersalah tiada halauan hendak dituju
Yang ada hala dan maksud terpendam sendiri
Disimpan erat dalam diri digengam bagai bara api
Hati tetap teguh pada janji tuhanNya yang satu

Membawa diri hidup berkelana
Dibuang orang hidup mengasingkan diri
Fahami akan dunia tiada bernilai tiada berharga
Tahulah akan tipu daya mainan dunia bersandiwara
Tika dunia Jahiliyah kembali menyisihkan agama
Mengharapkan Kasih sayang Allah tiada bertepi
Rahsia kebenaran disimpan dalam hati
Ujian terasa bahagia mengetahui hikmah kasih sayangNya

Itulah keperibadiannya
Hamba terasing dilema menekan perasaannya
Mujur janji Allah itu pasti
Dia tetap bersemangat bangkit menagih janjiNya

Saturday, February 12, 2011

ISLAM DAGANG

Islam dijuangkan atas dasar apa
Islam hanya tinggal pada nama
Perginya tak bernisan berjejak pula
Kembalinya menuntut janji yang Maha Esa
Islam sudah disalah ertikan
Mengamalkannya acuh tak acuh dalam kehidupan
Undang-undangnya diambil sekadar kecil-kecilan
Tak sanggup berkorban malah berkira dalam urusan agama
Islam kini diperintah mengikut acuan si kuffar
Mentadbirnya tanpa ilmu hakiki
Hukum hakamnya diambil sedikit tetapi banyak mengambil barat
Panduannya malap samar sekali kadangnya tersalah pelajaran
Jahil memerintah hukum hakamnya dikeluarkan semberono
Fatwanya disalah gunakan mengambil kesempatan tiada bersalah
Sampai bilakah mahu berkelakuan sedemikian
Bukan begini islam dikendalikan
Islam perlu memerintah bukannya diperintah
Mudahan rahmat Allah datang mendapat pimpinannya
Islam ibarat di hujung senja
Gerhana mendatang malap seketika
Kegelapan malam berakhir nanti
Sinaran pagi memancar menjelma
Begitulah Islam datang dengan Asing
Kembaliya dengan Asing
Ufuk timur bumi dijanjikan
Sebelah timur muncul purnama
Islam dagang mencari haluan
Pelayaran menuju destinasi yang tak pasti
Nahkodanya tiada membawa haluan sendirian
Dunia pula sering bercakaran gundah gelana
Hari demi hari menanti pembelaan
Semalam indah berseri hari ini berduka
Hari esok pula datang dengan tawa riang bersyukur
Itulah tanda islam akan bangun sekali lagi
Islam dimulai dengan dagang
Kini berkeadaan dagang
Mulanya sudah menyerlah
Hari esok penuh gemilang
Rantauan nusa bakal terjadi
Kebangkitannya bukan calang-calangnya
Pembelaan akan diberikan setelah sekian lama dagang sendirian
Ianya sudah dijanjikan pasti
Islam akan bermula di sebelah timur nanti

MENGIGATI KEMATIAN

Dunia persinggahan sementara
Penginapan seketika menerima ujian dariNya
Penginapan abadi Nun di Syurga sebenarnya
Bekerjalah  berbakti kepada Urusan AgamaNya

Muhasabah diri hidup hanya menumpang
Alangkah ruginya jika masih bersenang-senang berketawa berdekah
Alangkah untungnya bersusah payah sering menangis mengenang dosa
Jalan utama keredhoan Allah Muhasabah diri bertindak demi Islam
Semangat juang tinggi terzahir dari hati ikhlas istiqomah
Sifat munafik berlaku cintakan dunia takutkan mati
Sedarkan diri tahu diuntung sebaik muhasabah
Daripada tidak mengenang budi menghargai jasa

Biar Air Bah merubah pantai tetapi hati teguh bersatu
Itulah ungkapan orang berjuang bertaqwa beriman
Tetapi malangnya jika pepatah hanya omongan kosong
Ungkaplah dari hati lakukanlah secara gigih demi Islam itulah sejati
Amalan rohaniah penguat diri dan jiwa
Benteng kepada kebatilan kecelakaan
Teruskan menyemai benih menyirami tanaman
Mudahan subur berkembang dan berbuah hendaknya

Amalan badaniah fizikal juga penting
Menguatkan jasad agar cergas bertenaga
Perasaan tabah dan sabar sebenarnya itulah orang yang kuat
Orang lemah adalah kuat berangan-angan dan menuruti nafsunya
Ingatlah semua
Apa yang diburukan di dunia yang sempit ini
Memburu dunia atau memburu keredhoanNya
Burulah cinta kepadaNya agar hidup diberkati

Ingatlah juga
Penuhilah diri kita dengan Mahmudah penyeri kehidupan
Buangkanlah dalam diri mazmumah perosak Akhlak
Agar hidup berasa bahagia sebelum bahagia abadi di sana
Setiap yang hidup pasti merasai mati
Nyawa akan tamat bila Roh dipisahkan dari Jasad
Sakaratul  maut datang menjemput tidak kira masa
Sudah bersedia atau belum wahai semua yang hidup ini

Menjelang sakaratul maut
Tidalah yang boleh menanggungnya lagi
Masa dan waktunya tepat tanpa terawal atau terlewat walaupun sedikit
Menjemput dengan husnul khatimah atau su’ul khatimah di perolehi kelak