Total Pageviews

Monday, February 14, 2011

DAGANG HAMBA

Dagang hamba sufi bertuah
Di bumi terasing tersisih sendiri
Laksana amanah datang berkelana
Seantero sini dia mengembara

Dagang hamba ke seberang timur
Membawa benih yang diasingkan orang
Setitis embun penyiram hati tenang dikecapi
Hamba beriman menjunjung kebenaran teragung
Dagang hamba ke rantau nusa
Menyebarkan hakikat disembunyikan orang
Sunyi sepi keseorangan tidaklah terasa
Kerana hati di linkungan kasih sayangNya

Dagang hamba mengundik ke hulu dan hilir
Membawa pakaian hiasan taqwa mursyid betarbiyah
Memberikan asuhan membersihkan jiwa menghulurkan jasa
Daripada kosong kepada pengisian berhikmah bersempadan
Dagang hamba tiadalah bersedih
Hati tenang teguh tidak runtuh
Pahlawan umat berbakti berjasa
Menjelang tiba penyatu ukhwah

Dagang hamba perwira berjasa
Pewaris nabi akhir zaman
Sebaik kurniaan digunakannya
Sebar kebenaran patahkan kebatilan
Dagang hamba kian menghilang
Seiring Islam yang kembali berdagang
Mana hendak dicari galang gantiannya
Pewarisnya tiada pasti bangkitnya kembali

Dagang hamba mengasingkan diri
Kerana dunia dipenuhi seteru merata
Perginya tak disedari pulangnya kemenangan
Mengejutkan dunia mauliqun adat  yang hilang
Dagang hamba beransur pulang
Menjelang petang meraih tangkapan
Tugasnya murni mubaligh keramat
Membawa kemenangan menyedarkan umat

Dagang hamba mengagungkan Kasih Tuhan
Menjunjung kasih Rasul Nabi Akhir Zaman
Pulangnya rahmat berkat seluruh buana
Mengudik pelayaran menuju kelembah sana

No comments:

Post a Comment