Total Pageviews

Saturday, February 12, 2011

ISLAM DAGANG

Islam dijuangkan atas dasar apa
Islam hanya tinggal pada nama
Perginya tak bernisan berjejak pula
Kembalinya menuntut janji yang Maha Esa
Islam sudah disalah ertikan
Mengamalkannya acuh tak acuh dalam kehidupan
Undang-undangnya diambil sekadar kecil-kecilan
Tak sanggup berkorban malah berkira dalam urusan agama
Islam kini diperintah mengikut acuan si kuffar
Mentadbirnya tanpa ilmu hakiki
Hukum hakamnya diambil sedikit tetapi banyak mengambil barat
Panduannya malap samar sekali kadangnya tersalah pelajaran
Jahil memerintah hukum hakamnya dikeluarkan semberono
Fatwanya disalah gunakan mengambil kesempatan tiada bersalah
Sampai bilakah mahu berkelakuan sedemikian
Bukan begini islam dikendalikan
Islam perlu memerintah bukannya diperintah
Mudahan rahmat Allah datang mendapat pimpinannya
Islam ibarat di hujung senja
Gerhana mendatang malap seketika
Kegelapan malam berakhir nanti
Sinaran pagi memancar menjelma
Begitulah Islam datang dengan Asing
Kembaliya dengan Asing
Ufuk timur bumi dijanjikan
Sebelah timur muncul purnama
Islam dagang mencari haluan
Pelayaran menuju destinasi yang tak pasti
Nahkodanya tiada membawa haluan sendirian
Dunia pula sering bercakaran gundah gelana
Hari demi hari menanti pembelaan
Semalam indah berseri hari ini berduka
Hari esok pula datang dengan tawa riang bersyukur
Itulah tanda islam akan bangun sekali lagi
Islam dimulai dengan dagang
Kini berkeadaan dagang
Mulanya sudah menyerlah
Hari esok penuh gemilang
Rantauan nusa bakal terjadi
Kebangkitannya bukan calang-calangnya
Pembelaan akan diberikan setelah sekian lama dagang sendirian
Ianya sudah dijanjikan pasti
Islam akan bermula di sebelah timur nanti

No comments:

Post a Comment