Total Pageviews

Tuesday, January 25, 2011

SEMANGAT MUHAJIRIN DAN ANSAR

Di sebuah negeri yang subur nan indah
Di sana terjadinya satu perpaduan ummah
Beriman membenarkan firman Allah dan sabda junjungan
Mereka itulah Muhajirin dan Ansar pencetus perkembangan islam

Muhajirin dan Ansar
Satu bangsa berlainan suku
Satu agama satu iman dan taqwa
Itulah yang terjadi terjalin ukhwah setelah dipersaudarakan
Muhajirin dan Ansar
Peha yang dicubit sebelah kanan
Sebelah kiri juga terasa sakitnya
Itulah kuatnya persaudaraan mereka

Muhajirin dan Ansar
Mereka beriman dan beramal soleh
Hidup aman sentosa harmoni sentiasa
Keamanan dan kesejagatan dipelihara bersama
Muhajirin dan Ansar
Kalian telah memeriahkan bumi Madinah Al-Munawwarah
Pembela utama dan menyayangi rasul nabi Akhir zaman
Sahabat sejati disayangi rasul junjungan mulia

Muhajirin dan Ansar
Hati-hati mereka laksana kepingan besi
Tidaklah ia akan tercalar tetapi mampan dari musuh
Mereka penyayang pada teman tapi garang terhadap lawan
Muhajirin dan Ansar
Berbahagialah kalian bersama rasul nabi akhir zaman
Pengajaran keimanan ketaqwaanmu sudah terserlah
Kamu ibarat bintang-bintang dilangit mewarnai bumi gelita
 
Muhajirin dan Ansar
Kalian sudah membuktikan kepada dunia
Bahawa persaudaraan itu lebih dijamin dan diberkati
Daripada perpecahan bersendirian itu  tiada membawa rahmat
Muhajirin dan Ansar
Beruntunglah mereka yang mengambil suri tauladan
Rugilah mereka yang tidak mahu mencontohinya
Ukhwah asas kekuatan beragama perlu ditegakkan diseragamkan

Muhajirin dan Ansar
Mengajarkan kita betapa pentingnya bersatu padu
Mengajarkan betapa indahnya iman dan taqwa bila memenuhi hati
Mengajarkan juga betapa manisnya iman dan islam bila diamalakan sepenuhnya
Muhajirin dan ansar
Hati yang melihat ini sebak kerana kagum keatas keimananmu teserlah
Mata yang melihat menangis kerana keimananmu mengatasi segala-galanya
Sahabat sejati rasul teragung ini telah membuktikan persaudaraan indah kepada dunia

Muhajirin dan Ansar
Betapa rindunya hati seorang perindu ukhwah
Betapa rindunya sekalian perindu islam kepada zaman dunia baru islam
Kerana dalamnya ada semangat Muhajirin dan Ansar yang lama menghilang
Muhajirin dan Ansar
Di Akhir zaman ini akan sampai masa sejarahnya berulang
Semangat muhajirin dan ansar pasti akan kembali nanti
Memeriahkan dunia yang ketandusan ukhwah selama ini

Sunday, January 16, 2011

ASHABUL KAHFI PEJUANG ISLAM AKHIR ZAMAN

Wahai pemuda gua bertaqwa
Pemuda Ahli kitab beriman
Pemuda dijamin syurga
Pengorbananmu menjadi tauladan

Wahai pemuda beramal soleh
Kisah dirimu tercatat dalam Kalam Allah
Kisah keimanan sejati menjadi tauladan
Bagi mereka yang mengambil faedah
Wahai pemuda dikasihi Allah
Engkau melarikan diri daripada diktaktor Raja Trojan
Memaksa menyembah berhala memusnahkan Ajaran Nabi Isa
Engkau tetap beriman walau terasing bumi sendiri
Wahai tujuh pemuda beriman
Bumi bersejarah Urdu menyaksikan peristiwa diluar jangkaan
Memilih lari ke gua menyelamatkan iman dengan pengharapan
Menjadi tetamu Allah ditidurkannya bersama Qithmir 309 tahun
Wahai Ashabul kahfi yang dikasihi
Bangkitmu disaat manusia beriman
Tauladan meningkatkan keimanan
Kalian pejuang keimanan orang terasing
Wahai Ashabul Kahfi pejuang Islam Akhir zaman
Bangunlah menabur bakti bersama pemimpin Akhir zaman
Untuk bersama menegakkan islam melawan seteru agama
Menjernihkan kembali Islam yang keruh kepada bersih bersinar

Wahai pemuda Ashabul Kahfi yang dirindui
Kisah pengajaranmu sungguh menawan
Membuatkan hati tertawan kepadamu
Mengenangkan kisah perjuangan keimananmu terserlah


Friday, January 7, 2011

MUNAJAT SEORANG HAMBA

Di keheningan malam
Ku bagun untuk bersujud menghadapmu
Dengan kudrat yang dimiliki
Ku merintih sayu di dalam munajat kepadamu

Wahai tuhan Rafiqul ala
Terimalah semua ibadahku
Yang semestinya banyak kurangnya
Yang masih banyak cacat celanya
Ya robbi
Telah ku cuba sepenuh hati
Tapi masih tidak sempurna yang kau inginkan
Aku cuba tetapkan hati beristiqomah walaupun tidak sempurna

Ampunilah wahai tuhan
Hamba ini merintih sayu
Munajatku harap diterima
Bahagianya bila engkau membalas cintaku
Ya Allah engkau maha pengampun
Kepadamu jua tempat meminta dan bermanja
Sungguh bahagianya bila cinta ini dibalas
Bersama kasih dan sayangmu Allah

Diri ini tidak pernah jemu meminta padamu
Engkau sahaja tempat meminta
Segala pujian buatmu dan rasul junjungan
Moga diriku tenang dan damai di dalam munajat kepadamu
Ya Allah engkau penyembuh segala penyakit hati
Menjadikan hati ini penuh dengan nur ilahi
Dari gelita hati menjadi cahaya
Dari derita ini menjadi bahagia

Ya Allah yang maha memutarbelitkan hati
Tetapkanlah hatiku kepada cintamu
Janganlah kau mengalihkan cintaku kepada dunia
Ku bermohon agar engkau melindungiku sentiasa
Ya Allah Penguasa seluruh alam
Nyawa di kerongkongku ini adalah milik pinjaman darimu
Engkau panjangkan umurku untuk beramal berbakti kepadamu
Engkaulah sahaja yang layak disembah tuhan yang maha agung lagi perkasa

Ya Allah yang maha kasih sayang
Jalinkanlah daku menjadi Ahli keluargamu
Ikhlaskanlah hati dan istiqomahkanlah lagi hatiku kepadamu
Hanya kepadamu taautan hati mencurah bakti mentaati perintah dan laranganmu

TUNAIKANLAH HAK KEPADANYA

Jasad kawannya Roh
Jika jasad diberi makan sehari-hari
Maka roh menuntut haknya juga
Tunaikanlah haknya walau tak dituntut

Roh bersarung dalam jasad
Perlu diberi makan dan pakaian
Perlu disegarkan diberi baja taqwa
Jika tidak ia akan menangis dan layu

Pengisian rohani
Perlu berterusan dan istiqomah
Agar ianya kuat dan bertenaga
Agar tidak lemah dan lesu

Jiwa nurani
Perlu diberi pengajaran yang berguna
Agar akal dan jiwa menjadi cerah dengan quran dan sunnah
Agar menjadi berilmu tidak jahil dalam beragama

Pengisian hati
Perlu diasuh dengan tarbiah dalam beramal soleh
Agar diri berasa hidup bersama ilahi
Moga hidup disuluh kebenaran pencipta

Didikan hati nurani
Hati perlu dibasuh dengan menyucikan yang kotor
Agar tiada lagi kesan hitam yang mudaratkan diri
Moga hidup ditunjuki oleh orang pilihan Allah

Kehidupan lahiriah
Seharusnya menjadi pengajaran menjadi sempadan
Agar yang dikejar bukannya cinta dunia dan nafsu
Mudahan tidak tertipu dengan janji yang sementara

 Didiklah hati dengan penginsafan pengaduan pada Allah
Allah sangat suka hamba yang mengadu merintih kepadanya
Janganlah mengharap bantuan manusia yang sementara tidak kekal
Seharusnya mintalah pada Allah kerana rahmatnya semua akan selamat

Jika kita mahu selamat dunia akhirat
Berilah roh itu makan agar ianya kuat dan berguna
Berilah hak-hak yang sepatutnya dia dapat
Agar roh akan tenteram disana bila ajal mendatang kelak

Berilah roh makan dengan beramal ikhlas kerana Allah
Kerana jika roh itu kuat maka Allah akan berikan sedikit ilmu-ilmunya
Jika ilmu tersebut dimiliki maka diri lebih yakin dengan janji Allah
Mudahan diri dibimbing dan dilindungi Allah sentiasa…

PAHLAWAN AGAMA

Di masa bumi penuh khilaf fitnah merata
Di waktu islam terasing dan punah musnah
Bila budi penyiram kasih sayang sudah musnah
Maka di datangkan pahlawan agama memperbetulkannya

Seorang pahlawan yang gagah perkasa
Merupakan pemuda yang cukup dewasa pemikirannya
Datangnya memperbetulkan kesemua khilaf dengan karomah dimiliki
Perselisihan menjadi sepakat bila tibanya Muhammad kedua ini
Kedatangannya ditunggu-tunggu
Semakin ditakuti oleh seteru yang sewenangnya menghancurkan ummah
Mereka semakin khuatir dan gundah gelana kini
Kerana ummah akan bersatu menuntut kembali hak islam yang dinodai

Pahlawan agama yang gagah mara kehadapan di medan juang
Dibelakangnya dibarisi tiga ratus tiga belas pahlawan pilihan Allah
Berjuang membanteras kesombongan yang melata selama ini
Memperjuangkan kembali ketaqwaan dalam diri ummah yang sedang lesu

Ketibaan pahlawan agama yang gagah perkasa ini
Sangat hampir mendatangi membela maruah yang selama ini tercalar
Akan dibaluti segala luka-luka lama dengan pembelaan yang tulus murni
Membawa kembali ketenangan kebahagian dan ketaqwaan yang sudah lama menghilang

KENANGAN INDAH

Hati ummah sedih dan pilu tak berair mata
Mengenangkan kisah pemergiaan rasul tercinta
Insan paling mulia berbakti berjasa pada semua
Contoh tauladan bagi yang mengambil faedahnya

Seluruh alam buana meratapi pemergiannya
Bumi dibasahi hujan air mata tak berbendung
Semuanya redho akan segala ketentuan ilahi
Yang pergi tetap jua pergi menghadapnya

Tetapi rasul junjungan pernah bersabda
Pemergiannya punyai pengganti mengurus umatnya di akhir zaman
Berita gembira ini akan tiba tidak lama lagi sebenarnya
Membawa satu kenangan indah yang kembali bersinar nanti

Sabda junjungan dipegang erat sekuat-kuatnya
Oleh mereka yang mempercayai sepenuhnya janji Allah dan rasulnya
Bumi bergoncang amanah sudah hilang itulah tanda kedatangannya
Yang sebenarnya kini menunggu masa membela ummah yang sengsara

Ummah kini merindui zaman cemerlang era gemilang
Dimana suatu ketika islam pernah berada dipuncaknya
Kini kenangan indah itu akan menjadi kenyataan lagi
Sejarahnya pasti berulang menaungi ummah semua

Kedatangannya membawa seribu satu kenangan indah
Kenangan islam pernah memayungi bumi
Kenangan berukhwah bertaqwa sesama ummah
Kenangan bersama kekasih akhir zaman memayungi bumi