Wahai pemuda pemudi
Tanamkanlah semangat waja
Isilah dirimu dengan rohani yang secukupnya
Tetapkanlah haluan kiblatmu dan kekalkanlah watakmu
Wahai pemuda pemudi
Usah bertangguh berlengah-lengah lagi
Amanah islam juga terpikul pada bahumu
Bantulah islam dengan pembelaan perlindungan
Wahai pemuda pemudi
Usahlah lagi banyak berangan-angan
Kuatkan semangat perkasa mara kehadapan
Membela islam agar terus berkembang ke seluruh pelusuk buana
Wahai pemuda pemudi
Janganlah jerumuskan dirimu kejurang yang hina
Jadikanlah sekelilingmu sebagai ikhtibar dan sempadan
Seharusnya dikau menjerumuskan dirimu kelembah ilmu
Wahai pemuda pemudi
Gunakanlah tenaga yang Allah beri untuk berikhdmat kepadanya
Gunakanlah sihat dan cergasmu kepada usaha dakwah kepada islam
Gunakanlah akal yang cerdik pandai itu kepada mencari jalan kebenaran
Wahai pemuda pemudi
Engkaulah harapan agama islam sebenarnya
Pelapis pewaris agama yang suci ini adalah bermula dari kamu
Janganlah malas dan alpa dengan dunia yang sedang tidur di siang hari
Wahai pemuda pemudi
Kamu boleh mengejutkan dunia dengan seisinya
Kamu juga boleh membanteras yang batil dengan ilmu kebenaran
Besegeralah membagunkan islam agar ianya berulang lagi dan terus berdaulah
Wahai pemuda pemudi
Menyelamatkan islam dari terus dihina dan dinodai adalah dari kamu
Jangan biarkan dan melihat sahaja islam terus dihina di fitnah selamanya
Bagunlah kamu untuk berjuang membagunkan islam walau ditentang sekerasnya
Wahai pemuda pemudi
Sejarah agung islam sangat cemerlang dan gemilang memayungi suatu ketika dahulu
Engkaulah adalah pembantu untuk mengembalikan kembali sejarah yang penuh gemilang
Berjuanglah di jalan Allah dan jangan sesekali takut mati kerana syurga menanti dirimu kelak
Wahai pemuda pemudi
Ambillah contoh tauladan daripada semua penegak kebenaran islam ini
Janganlah tidur lagi dan bagunlah segera dari lena buai mimpimu yang sia-sia
Mengejutkan dunia yang tidur agar turut bagun berjuang demi islam yang suci dan murni
No comments:
Post a Comment