Total Pageviews

Friday, December 31, 2010

JADILAH GOLONGAN YANG SEDIKIT DARIPADA YANG “RAMAI”

Betapa Ramainya golongan yang ramai berbanding golongan yang sedikit..
Kalangan sedikit terpencil terasing berbanding dengan kalangan kebanyakan..
Yang sedikit beruntunglah dan yang ramai akan rugi jatuh muflis..
Kerana yang Ramai itu sedang memburu janji dunia...

Ramai mengatakan ketenangan itu adalah dengan metrealistik..
Kebahagiaan pula ramai yang katakan akan dapat jika gembira dan senang..
Tetapi kenapa masih ramai yang Berkrisis?
Huru-hara porak peranda dalam semua institusi terutamanya Keluarga..

Sedihnya  golongan yang sedikit melihat dunia..
Ramai membuatkan dunia menjadi neraka sebelum neraka..
Syurga ramai katakan di dunia dan kubur masing-masing..
Mengapakah ramai semacam ini???
Dimanakah syurga?
Ramai yang mencarinya didunia yang fana ini..
Ramai yang malas bekerja dalam beramal kepada Allah..
Ramai yang sombong kepada Allah...

Ramai menjadikan sikap sombong dan agkuh itu sebagai rutin harian..
Ramai mahu berkasta-kasta dengan manusia amalan mereka..
Ramai mencipta Fitnah ditaburkan kepada yang sedikit atau sesama ramaihobi kegemaran..
Sering Berkira dalam segala hal dan tidak bersyukur itulah dia dalam Ramai...

Kita sudah berada di zaman jahiliyah moden..
Zaman kuku besi dan kerajaan menyombong..
Manusia mula jahil dalam beragama..
Agama mereka gadaikan kerana Janji Dunia...
Inilah janji dunia..
Ramai menganggap secara Lahiriah dengan metrealistik dikatakan bahagia..
Tenang ramai dicari dengan hiburan melampau-lampau..
Inilah yang dijanjikan kerana ramai menjadikan syaitan dan nafsu itu sebagai “Kawan”...

Alangkah sedikit yang sedar..
Alangkah ramai sekali yang Lara..
Sifat mazmumah lebih mengusai sifat mahmudah..
Apa sudah Terjadi Pada Kita???
Adakah kita golongan sedikit ataupun ramai???
Ya Allah..golongan sedikit ini tak sanggup melihat keadaan ini lagi..
Ahli agama sudah tidak Istiqomah dan hati mereka mula tidak ikhlas..
Para Artis dijadikan idola masyarakat dan kata-kata ulama dipandang enteng..
Benarlah sudah semua yang disabdakan nabi junjungan lebih 1400 tahun lampau..

Ya Allah datangkanlah dengan segera pembela agama islam ini..
Islam kini sedang dikecam dan mahu digigit keseluruhanya oleh para si kuffar danramai ini..
Belalah dan Bantulah ya Allah yang sedikit ini..
Hanya yang sedikit ini yakin sepenuhnya dengan janjimu Allah...

Yang sedikit ini merindui syiar islam kembali gemilang seperti dulu..
Yang sedikit ini sahaja yang percaya sejarah itu berlulang dan pasti berulang lagi..
Jadi tak mustahil zaman kebangkitan islam ini akan tiba tidak lama lagi...
Tak mustahil dan nostalgia lama berulang lagi dengan ketibaan seorang kekasih Allah..
Janjimu Allah yang sedikit ini menanti dengan penuh sabar...
Janjimu Allah pastinya berlaku..
Janji Dunia yang ramai itu menjadikan cinta dunia..
Janjimu Allah kepada yang sedikit ini dapat membawa kedamaiaan dan ketenangan yang dicari...

Itulah janji Allah kepada yang sedikit dan yang ramai ini...
Ayuh sama-sama kita jadikan diri kita yang sedikit ini..
Yang telah menjadi ramai kita menjadi sedikit..
Itu lebih mulia dari yang sedikit menjadi ramai kembali...

Kerana golongan itu yakni sedikit menjadi banyak kembali sebelum masa yang dijanjikan akan rugi..
Kembalilah mereka menjadi orang lama menjadi orang baru..
Mengundurkan diri dari sedikit menjadi ramai juga tidak mendapat apa-apa kecuali rugi semuanya..
istiqomahlah yang sedikit di jalan Allah yang telah ditunjukkan...
Yang sedikit akan diuji dengan kesusahan kepayahan..
Yang ramai akan diuji dengan kesenangan dan kelaraan..
Yang sedikit sebenarnya tahan diuji dengan pelbagai ujian..
Semoga Allah membantu dan meredhoi sentiasa yang sedikit ini...

Golongan yang sedikit ini tidak sesama sekali akan pupus..
Golongan sedikit ini tidak sama sekali akan lenyap..
Yang sedikit akan menjadi banyak dan berkembang..
Dan yang ramai akan lemah dan mati..

Janji Allah itu pasti..
Sememangnya pasti berlaku...
Pasti! Yang sedikit amat meyakininya.. InsyaAllah...
Mari sama-sama memeriahkan Dunia Baru Islam....

InsyaAllah yang sedikit itu akan menjadi ramai kembali..
Dan golongan yang ramai itu akan menyusut menjadi sedikit dan lama kelamaan akan lenyap..
Janji Allah pasti kepada semua...
Bersama pembelaan dan kasih sayangnya....

1 comment:

  1. subhanallah,
    Ya ALLAH, jadikanlah aku dari golongan yang sedikit (mukmin sejati).
    insyaallah. :))

    ReplyDelete