Total Pageviews

Wednesday, December 15, 2010

WARKAH UNTUK PEJUANG KEBENARAN




Kehadapan para pejuangku yang dirindui:
……………………………………………
Wahai perantau nun jauh di sana..
Engkau bermusafir dan berkelana..
Berjuang berdakwah di sana sini..
Demi menyampaikan salam simpati pada mereka yang tak mengerti…

Engkau sungguh gigih berjuang..
Engkau bermusafir nun jauh di rantau orang..
Untuk berjuang menyampaikan kalimah syahadah..
Engkau tetap mara walau seribu badai mendatang menguji mu…
Oh pejuang para mujahid ku..
Oh perantau para musafir ku..
Engkau merantau mencari kebenaran..
Engkau menjunjung sabda baginda semahunya…

Sang pejuang engkau berkorban apa sahaja..
Berkorban asam garam dalam perjuangan murni..
Jiwa raga,Anak dan isteri ia serahkan semuanya pada penciptanya..
Pejuang mengharapkan perlindungan darinya semata…
Teguhnya hatimu pada mujahid..
Walaupun duniamu sunyi sepi tapi terhibur jua..
Engkau miskin dalam kekayaan..
Engkau berkorban untuk redho Allah semata…
Wahai para pejuang kebenaraan..
Engkau mengenggam erat iman mu ibarat gengaman bara api..
Engkau mengembara menimba ilmu Allah..
Mengenal Allah mendapat ketenangan…
Engkau adalah orang yang terasing..
Beruntunglah engkau disayanginya..
Engkau mencari mendapatkan ketenangan..
Itulah dia kemanisan dalam berjuang…
Mujahid setiaku..
Pejuang kebenaranku..
Adalah perantau musafir perjuangan..
Sampai masa kita akan bertemu jua..
InsyaAllah…Hari indah tiba kita kan bersama..
Menegakkan islam merentasi keserata alam…
Memayungi dunia dengan islam yang murni…..
Daripada sahabat seperjuanganmu…
Ahmad Afiq Al-Kelantani
………………………………

No comments:

Post a Comment