Anak seorang perantau..
Hidupnya adalah sederhana dan kadangkalanya susah
Sering berpisah dengan ayahnya yang tercinta
Jarang bertemu ayahnya tapi dirinya tetap sabar menunggu kepulangan ayahnya..
Jiwanya kental hatinya tabah
Walaupun berpisah berjauhan dengan ayah
Dirinya terhibur walaupun sunyi sepi
Ibunya sering menemani dan diajari budi pekerti yang mulia..
Dimanakah ayah sekarang?
Pertanyaan itu sering bermain di fikirannya..
Sang ibu perantau menghiburkan hati anaknya dengan berkata..
“Ayahmu pergi merantau menegak kebenaran”
Rindunya anak perantau..
Dimana ayah sudah lama tak bertemu..
wajah ayahnya sering bermain di mata..
bilakah ayah akan pulang?
Ayahku..
Anakmu yang tua sering memujuk menenangkan hati adik-adik agar bersabar menunggu kepulangan ayah..
Mereka menangis daku cuba memujuk sebaiknya sedangkan diriku juga sedang memujuk hatiku seadanya..
Mereka menyebut “Ayah pulanglah!” daku semakin sedih dan pilu..
Ayahku yang disayangi...
Anakmu cuba memahami tugas mu di sana..
Merantau memperjuangkan kebenaran di rantau orang..
Susah senang ayah yang tahu..
Ayahku yang setia daku berpesan..
Semoga dikau tetap bersabar dalam menyampaikan mesej perjuangan tanpa menoleh kebelakang..
Janganlah diselitkan ganguan cinta antara keluarga dan perjuangan..
Hati perantau perjuangan laksana kepingan besi yang teguh..
Anak seorang perantau perjuangan..
Adalah Generasi harapan agama..
Siapa..oh siapakah lagi..
Pewaris perjuangan perantau Allah...
Bukankah tugas perantau perjuangan..
Melaksanakan misi dan visi menegakkan islam..
Usahlah ragu dan bimbang ayah...
Kami merelakan dan semoga Allah merestui meredhoi perjuagan ayah...
Wahai anak-anak perantau nan setia daku berpesan..
Janganlah berpaling kebelakang lagi..
Ayuh gerakkan langkah dengan mara kehadapan..
Tak mungkin kita masih mahu berdiam diri lagi..
Siapakah lagi pewaris perjuangan..
Bukankah terletak pada bahu kita anak-anak perantau..
Setia dan jujurlah dalam menimba ilmu perjuangan..
Agar dirimu tak bisa tertipu dengan dunia serta beroleh kejayaan...
Ya Allah..
Bantulah perantau-perantau mu termasuk “Ayah”..
Kerana mereka gigih dan ikhlas merantau ke sana sini..
Melihat pandangan saujana indah terbentang...
Bermusafir di rantau orang agar beroleh kejayaan...
Ayah daku terus berpesan dan mengigatkan..
teruskan perjuangan murni ini..
Usah toleh dan pandang kiri dan kanan lagi dan Setialah dalam perjuangan..
Kami anak-anakmu adalah pewaris setia perjuanganmu..
Rindu seorang anak perantau..
Rindu kami biarlah di balas nun di sana..
Tempat yang kekal abadi..
Tempat segala nikmat tiada bandingan tiada tandingannya...
Pesanan ikhlas daripada seorang anak perantau perjuangan...
Ahmad Afiq Al-kelantani
.......................................
No comments:
Post a Comment