Total Pageviews

Wednesday, December 15, 2010

PALESTIN IBARAT ISLAM KINI

Palestin ku oh Islam ku kini
Bumi palestina bergegar hancur berkecai
Dentuman bom dan peluru sesat sana-sini
Huru-hara sentiasa di bumi mu..

Terdengar sana-sini jeritan kesakitan dan meminta tolong
kezaliman berleluasa tak berbendung tak berkekang
Si Zionis Laknattullah menceroboh merosakkan Bumi mu
Pembelaan bantuan disekat dikekang tidak diberikan pada anak watannya..

Palestin ibarat islam kini..
Yang mana sinaranya sedang malap tak bercahaya
Kegelapan Islam di zaman fitnah ini digunakan seteru untuk menghancurkan ummah
Islam itu Indah jadi pudar dan dituduh Pengganas dunia..

Dunia Sudah buta tidak dapat menilai
Siapakah kawan siapakah Musuh utama
Mereka Dibutakan dengan Nafsu yang menjalar
Islam juga gelap gelita kerana tiada pembelaan
Ummah kini berpecah belah
sunnah dimatikan Quran dipernjarakan
Orang terasing disisih dibuang negeri sendiri
Malah diuji dengan fitnah yang membadai..

Islam ku kini masih malap
Kerana ummah masih berpecah-belah
Saudara-mara merana di sana kita berdiam diri memeluk tubuh
Wajarkah kita demikian rupa?

Islam Itu Indah..
Islam sebenarnya membawa keamanan sejagat
Islam adalah agama murni yang Allah redhoi
Tiada agama yang Allah Redhoi melainkan Islam

Pelestin ku bunga bagsaku..
Kehancuran Palestin ibarat hancurnya islam ini
Ayuh sama-sama tegakkan Islam
100 Pahala mati syahid bagi mereka yang menghidupkan sunnahnya...
Palestin Bumi Syahid
Bumi mu Penuh Barokah
Bumi pusat para Anbiya
Bumi mu Bakal Merdeka Keamanan sejagat akan sampai dengan Islam Kembali Ditegakkan...
InsyaAllah...Janji Allah Pasti Terjadi...

No comments:

Post a Comment