Pemimpin oh pemimpin...
Masihkah Ada Pemimpin yang sejati kini dengan mengikut didikan acuan Al-Quran dan As-sunnah??
Masihkan Ada lagi pemimpin yang sikapnya penuh dengan sifat Mahmudah ini?
Masih Adakah Pemimpin yang Adil,Amanah,Jujur dan Pengasih?
Semua ini menjadi tanda tanya dimanakah pemimpin yang kita beri mandat kita padanya...
Adakah lagi Pemimpin yang sanggup Berzuhud dengan dunia ini?
Seperti Umar al-khattab Reformis Dunia islam? Umar abdul aziz Bayangan khulafa ar-rasyidin?
Adakah lagi pahlawan sejati yang juga sekaligus Boleh dijadikan sebagai pemimpin sejati seperti...
Hamzah bin Abdul Mutalib singa Allah? Ali bin Abi talib Harimau Allah? Khalid Al-walid pedang Allah?
Tariq bin ziyard penakluk Andalusia? Sultan Salahudin al-ayubi Pembebasan kota jerusalem? Dan Sultan Muhammad Al-fateh Penakluk kota kostantinopel Rom??
Dimanakah Pemimpin yang sejati kini?
Dimanakah pemimpin tentera yang sejati kini?
Ada? Atau Bagaimana?
Masihkah ada...
Dimanakah boleh kita lihat lagi kini pemimpin negara islam yang berdamping dengan ulama? mengutamakan pandangan ulama dari kroni-kroni nya yang belum tentu boleh memimpin dengan baik?
Keputusan dalam memimpin negara ulama dijadikan rujukan utama dahulu sebelum yang lain..
Masih adakah pemimpin yang begitu saat kini?...
Sebenarnya...
Pemimpin yang adil memang ada..
Tetapi mereka ini sering ditindas..
Tidak diberi ruang untuk bersuara malah difitnah lagi..
Adakah rakyat mahu pemimpin yang tidak tulus dan tidak amanah...
Mesti tidak ada siapa yang sanggup..
Tetapi jika sudah berlaku apakan terdaya melawannya..
Pemimpin yang zalim dan lara melembukan rakyatnya?...
Pemimpin yang Adil rakyat sanjung dan hormat padanya..
Rakyat tak bisa berpura-pura dan hipokrit dalam perjuangan bersama pemimpin..
Pemimpin yang adil mengajar dan membentuk tentera dan pertahanan yang baik..
Rakyat juga tak terlepas dari keadilan pemimpin yang adil dan rakyat bisa menjadi baik semuanya..
Jika sebuah negara mempunyai pemimpin yang sejati..
Pemimpin yang sejati adalah pemimpin yang Adil,amanah dan sifat terpuji..
Rakyat akan sayang dan patuh pada arahan pemimpin yang sejati..
Rasa hormatnya pada pemimpin tak terperi dan ikhlas semata kerana Allah...
Manakah nak di cari pemimpin yang adil kini..
Memang ada pemimpin yang adil kini tapi tidak ramai dan pengaruhnya dikekang..
Kenapa? apa asbab dan punca boleh terjadi demikian?...
Semuanya tak lain dan tak bukan kerana nafsu di depan dan amanat rakyat dibelakang...
Pemimpin yang sejati adalah yang mentaati agama..
Menghormati ulama dan memberikan tempat yang istimewa pada semua ulama-ulamanya..
Merujuk dan panduan segala masalah menjadi Keutamaanya dengan ulama..
Memimpin rakyat dengan restu ulama dan sering meminta nasihat darinya...
Pemimpin yang sejati....Dimanakah nak dicari...
Mana nak cari...Pemimpin yang begini...manakah nak dicari pemimpin yang begini....
Dimanakah...Dimanakah lagi pemimpin yang sejati...
Bangkitlah kalian mentadbir bumi yang diamanahkan ini..
No comments:
Post a Comment