Islam Mulai Dagang..
Saat Manusia Berebut-rebut Dengan Dunia Mereka Masing-masing..
Hanya Sedikit Yang Masih Mengamalkan Islam Itu Dengan Sepenuhnya..
Hanya Segelintir Sahaja "Beruntung" Dari Golongan Yang Ramai Lagi "Merugi" Kini..
Islamku Kini Mulai Terasing..
Menjadikan bahawa mereka yang nak memperbanyakkan Amal Pun ada Rasa Malu?
Kenapa sudah Malu Dalam Melakukan Amal Kebaikan Dan Ibadah?
Kerana Sekelilingnya Semuanya Sudah Punah...
Islamku Yang Mulai Dagang..
Mengapa Umat Islam Ini Melemah Dan Mudah Sangat Diganyang?
Mengapa Kezaliman Melebihi Keadilan dan Pembelaan Kini?
Ini Kerana Manusia Sudah Menuruti Nafsunya Sendiri...
Islamku Yang Mulai Terasing..
Pengahayatan Al-Quran Dan As-Sunnah Semakin Lenyap Terpenjara..
Amalan Duniawi Dikejar-kejarkan sampaikah Amalan Pengisian Tabung Amal Keakhirat Diabaikan..
Apakah Kita Semua Sedar Akan Semua Ini? Apa Yang Dapat Dilakukan?
Islamku Yang Dagang dan Terasing Kini..
Dimanakah Ketelusan Dan Amanah Manusia Sebagai Khalifah?..
Ini Kerana Akibat Membiarkan Islam Itu Diperintah..
Islam Itu Seharusnya Memerintah Bukanya Diperintah..
Islam Jadi Dagang Kerana Diperintah Oleh Penguasa Yang Jahil..
Islam Itu Harus dan Semestinya Patut Ianya Memerintahkan Negara..
Islam Itu Seharunsya Mendapat Kewibawaan dan Nasihat Para Ulama..
Agar Ummah Dapat Dibangunkan Berteraskan Acuan Al-Quran dan As-Sunnah...
Sudah Tiada Masanya Lagi mahu Berangan-Angan Kosong..
Sampai Bilakah Ummah Harus Diperlakukan begitu Rupa?
Sampai Bilakah Ummah Yang Lainnya Terus Hanyut Dalam Kelaraan?
Sampai Manakah Pula Islam Ini Harus Dagang Dan Terasing Lagi?
Kini Saatnya Satukan Hati Ya Ummah..
Saatnya Kini Satukan Pendapat Ya Ummah..
Tibanya Masa Daulatkan Kembali Islam Ya Ummah..
Mahhabah Ya Ummah..
Kembalillah Ya Ummah..
Satukanlah Pandangan Ya Ummah..
Bersatulah Ya Ummah..
Kepada Pembentukan Amal Kebajikan Di dunia Dan Akhirat Seisinya..
Bentuklah Kerajaan Islam Ya Ummah...
Setelah Itu Barulah Terlahirnya Kepimpinan Khalifah dengan Kedatangan Khalifah yang ditunggu-tunggu Ini..Membawa Manhaj Nabi dan membentuk sebuah Thoifah Peradaban Islam Yang Agung..Madinah Kedua Bakal Dibangunkan Dan Dijayakan Bersama-sama...Membawa Berita Gembira Kepada Ummah..
Melahirkan Kembali Ummah Yang Bercirikan Berakhlak Al-quran..
Dan Mendaulatkan Sunnah Rasulnya...
Dengan Nur Taqwa yang melimpah di hati..InsyaAllah..
Ianya akan terjadi dengan Janji Allah kepada umaah..
Rasulullah S.a.w Bersabda...
“ Sesungguhnya Islam bermula asing, dan ia akan kembali menjadi asing sepertimana ia bermula; maka berbahagialah orang-orang yang asing itu” (Hadist Sahih dari Abdullah bin Mas'ud RA).
Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan (kesesatan).” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (Hadith Riwayat Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

No comments:
Post a Comment