Total Pageviews

Friday, December 17, 2010

YANG BENAR TETAPLAH BENAR


Sudah dapat dilihat dan diperhatikan Kini
Hak kebenaran sudah dinodai di benteras
Mengapa kedustaan penipuan dibela dimanjakan
Apakah mereka mahu mengubah Janji kebenaran Allah

Kebenaran sering dicemuh didustakan
Hak asasi manusia yang benar dinodai sesuka hatinya
Mengapa Penipuan diangkat mengatasi kebenaran
Apakah mereka mahu mencabar Janji yang sudah Dijelaskan

Hak kebenaran menyusul tiba
Dikala dunia sedang rosak punah belaka
Disaat kezaliman memenuhi bumi
Maka khabar gembira akan datang mengubati penyakit ini

Di masa dunia sibuk dengan mala petaka ujian Allah
Setelah manusia ramai yang rosak dan bumi hampir punah semuanya
Datanglah khabar gembira yang dinantikan oleh sang kebenaran selama ini
Memenuhi Dunia dengan Keadilan yang diingini selama ini

Marilah semua menyerukan suara kebenaran ini
Bersiap siagarlah menanti ketibaan Pembela Dunia yang Allah Janjikan
Rasulullah rindukan Ummatnya Di ufuk timur ini
Kerana mereka beriman dan beramal soleh walaupun tanpa Rasulullah

Suatu Kebenaran besar akan datang dari ufuk timur
Membina sebuah thoifah baru dan Era Kegemilangan Islam yang Baru
Masanya Hampir Tiba Tak lama lagi
Yang Dusta akan Cemas ketakutan dan yang Benar akan gembira bersyukur 

Ahli agama janganlah belok
Para Umarak janganlah belot
Ulama pula seringlah tegas bersuara
Nescaya Bumi aman sentosa mendapat berkat

Yang benar Tetaplah Benar
Yang bersalah tetaplah salah
Janganlah menyokong Kedustaan ini
Kelak padah datang Menimpa si Penderhaka ummat

Yang Benar Bersabarlah
Dikala Yang salah menjadi raja dunia
Yang benar redholah semua
Inilah dia zaman fitnah islam namanya

Yang bersalah janganlah terlalu Alpa
Masa masih sempat bertaubat dan mengaku kesalahan
Berubahlah sebelum kalian terlambat
Sebelum mentari akan ditukar terbit di ufuk barat

Yang Benar Tetaplah benar
Yang bersalah tetaplah salah
Suatu kebenaran akan tiba menjelang nanti
Membawa ummat kepada Kebenaran hakiki

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)



No comments:

Post a Comment