Dunia ibarat sebuah Pentas teater dan pawagam..
Yang mana kita sedang melihat sebuah teater yang besar dan menawan
Diatas pentasnya yang kosong itu dijadikan tempat para pelakon teater giat berlakon
Kerusinya yang banyak menghadap kepentas ibarat kita mata yang memandangnya..
Pentas teater dan pawagam itulah segalanya berjalan..
Bermacam adegen yang “memainkan” perasaan penontonya
Adegen dongeng selalu menipu mata yang melihatnya
Membawa penonton suatu ajaran yang bertentangan dengan akidah agama
Atas pentas itu juga..
Segalanya boleh berlaku dan tidak dapat dijangka
Sama juga seperti pentas dunia ini yang palsu
Dunia pentas sandiwara..
Saujana dunia indah terbentang..
Itulah pemandangan menarik dan indah kurniaan Allah kepada kita
Tetapi keindahan itu boleh berubah menjadi padang jarak padang tekukur
Hasil daripada tangan-tangan yang zalim,berhasad dengki dan sombong
Pentas dunia kosong dari keamanan..
Kerana keamanan yang Allah kurniakan dihuru-harakan oleh tangan-tangan yang jahat
Mahu menjanjikan dunia keamanan tetapi huru-hara dijanjikan
Itulah realiti pentas dunia yang bersandiwara sering gundah gelana
Betapa ramainya “pelakon-pelakon” dunia di pentas sebuah teater..
Tidak cukup dengan itu ada pula pelakon “tambahan” untuk menjayakan sebuah teater
Itulah ibarat si “munafik” di dalam dunia ini..
Tidak cukup dengan itu mereka yang “fasiq” turut serta menjayakan agenda jahat si kuffar
Ramai “pelakon-pelakon teater” dunia menguasai mata masyarakat
Ada wataknya putih dan ada juga wataknya hitam
Kedua watak ini sebenarnya adalah sama seiring dan sejalan
Dalam melaksanakan misi dan visi menipu mata masyarakat dunia..
Pentas teater dan pawagan dunia..
Teater tempat berlakon dan pawagam menanyangkan kepura-puraan
Si munafik si fasiq bermaharaja lela melata di bumi
Igatlah kalian tidak selamat selamanya dan Allah tidak Redha dengan kalian…
Di pentas teater ini..
Masyarakat dunia saling tindas-menindas sesama sendiri
Ekonomi zalim berat sebelah dicipta sendiri
Politik kejam dibuat dengan agenda tersendiri
Kuasa menopoli kesemuanya diletakkan pada mereka yang tak sepatutnya
Di pentas pawagam ini..
Ramai yang sudah meninggalkan pegangan yang sepatutnya mereka pegang
Mereka berpegang apa yang tidak pasti dan khayalan semata
Mereka mendustakan perkara yang benar dan tidak mempercayainya
Ini semua kerana sudah tertipu dengan Nafsu dan syaitan yang menguasai diri
Di pentas inilah...
Dunia dijadikan pentas sandiwara berpura-pura dalam segala hal
Tipu muslihat berbagai dijalankan bagi memuaskan nafsu sendiri
Si munafik si fasiq bertebaran keseluruh dunia
Menyampaikan perkara kebatilan dalam dunia..
Oh dunia pentas sandiwara..
Adakah Kalian mengangap mata dunia yang menyaksikan agenda kalian semuanya mempercayai bulat-bulat muslihat kalian?
Dunia ibarat topeng-topeng menutup muka si pelakon sesebuah teater di pentas
Itulah juga seperti dunia dengan “topengnya” menutup segala propaganda muslihat rahsia sulit
Inilah Sandiwara Dunia..
Dunia Satu ujian peperangan..
Melawan seteru yang melata di bumi..
Peperanagan terbesar melawan segala-galanya yang batil..
Nafsu,syaitan ditundukkan dengan bermujahadah…
Si Kuffar ditundukkan dengan Jihad Fisabilillah…
Ayuh sama mara kehadapan untuk menghentikan “lakonan bertopeng” yang penuh kesandiwaraan ini…
ALLAHUAKHBAR!!!!
No comments:
Post a Comment