Palestin bumi tandus dan gersang
Harian dihujani bom dan peluru sesat membasahi bumi barokah
Harian maruah dinodai oleh binatang jalanan si penceroboh
Tiada keamanan diperolehi yang ada hanya huru-hara di terimanya
Palestin bumi disebalik tembok-tembok sombong si penceroboh
Bumi diceroboh dizalimi di perlakukan sewenangnya
Sungguh biadap si penceroboh menzalimi anak watannya
Lagi biadap mereka yang bersekongkol membantu si penceroboh itu
Palestin bumi disebalik runtuhan-runtuhan
Bangunan yang dibina diroboh sewenangnya
Islam dilaungkan taqwa dibina berterusan
Tetapi suara sumbang merobohkan citanya
Palestin tanah air umat islam
Pembelaan kepadanya tiada diberikan
Mengapakah hanya melihat sahaja menderita sengsara
Sanggup hanya memandang sebelah mata menutup telinga
Palestin contoh tauladan
Yang seharusnya disedari ummah yang sedang bermimpi di siang hari
Jatuh bangunnya palestin itulah islam kini
Adakah sedar atau buat-buat lupa wahai kita semua
Palestin sedang giat berjuang dan berjuang
Melawan nafsu dan seteru yang melata di buminya
Mengapakah kita tidak mengambil pengajaran darinya
Masihkan mahu sibuk dengan hiburan yang dikejar agama berciciran
Palestin bersatu untuk membela islam dibuminya
Tetapi ummah tiada berusaha bersatu bersamanya
Ummah lain sibuk bergolak dengan tindakan sendirian
Kesatuan ummah tiada dicapai kata sepakat tidak tercapai
Palestin banyak mengajar kita
Akan tipu daya si penceroboh dan dunia seisinya
Masihkah kita mahu terus tertipu dengannya
Ubahlah paradikma agar kita tidak merugi lagi
Palestin bumi jihad fisabilillah
Gugurmu syahid syurgawi janji Allah padamu
Kejayaanmu kelak menjadi iktibar semua taulan
Bagunmu mengejutkan dunia yang tidur dibuai mimpi
Palestin bunga bangsaku..
Sangat teguh jati dirimu kau bagun walaupun banyak tersungkur
Kadangkala tak terbangun jadinya bila digasak bertubi-tubi
Tetapi dengan semangat waja tetap berdiri mengalunkan haknya
No comments:
Post a Comment