Total Pageviews

Friday, January 7, 2011

KEGELAPAN KEPADA BERCAHAYA

Kegelapan sedang melanda umat
Gelap gelita dari semua arah tujunya
Semuanya gelap gelita tak bercahaya
Itulah kegelapan pada dunia islam kini

Betapa gelapnya pembelaan
Betapa samarnya kasih sayang
Betapa kaburnya rukun dan damai
Betapa gelitanya Quran dan sunnah
Betapa gelapnya semua ini
Tetapi dalam gelap pastinya ada pelita hidup memberikan cahayanya
Itulah yang hak di dalam kebatilan yang berleluasa ini
Yang bercahaya itu tetap ada menyuluh kegelapan yang melanda

Kegelapan ini tidak akan selamanya
Kerana sinar mentari bercahaya akan menerangi kegelapan
Itulah yang hak bakal memansuhkan perkara kebatilan
Kerana bila sudah bercahaya terang benderang itulah zaman baru islam
Kegelapan ini bakal berakhir
Akan digantikan kepada cahaya yang terang benderang
Itulah kini islam di zaman fitnah
Akan berubah berganti kepada zaman dunia baru islam

Membawa kembali risalah kebenaran yang didustakan
Membawa kembali kenangan lama yang indah berseri
Membawa kembali pembelaan kepada islam dan ummah
Membawa kemakmuran bersama pemimpin akhir zaman

No comments:

Post a Comment