Jasad kawannya Roh
Jika jasad diberi makan sehari-hari
Maka roh menuntut haknya juga
Tunaikanlah haknya walau tak dituntut
Roh bersarung dalam jasad
Perlu diberi makan dan pakaian
Perlu disegarkan diberi baja taqwa
Jika tidak ia akan menangis dan layu
Pengisian rohani
Perlu berterusan dan istiqomah
Agar ianya kuat dan bertenaga
Agar tidak lemah dan lesu
Jiwa nurani
Perlu diberi pengajaran yang berguna
Agar akal dan jiwa menjadi cerah dengan quran dan sunnah
Agar menjadi berilmu tidak jahil dalam beragama
Pengisian hati
Perlu diasuh dengan tarbiah dalam beramal soleh
Agar diri berasa hidup bersama ilahi
Moga hidup disuluh kebenaran pencipta
Didikan hati nurani
Hati perlu dibasuh dengan menyucikan yang kotor
Agar tiada lagi kesan hitam yang mudaratkan diri
Moga hidup ditunjuki oleh orang pilihan Allah
Kehidupan lahiriah
Seharusnya menjadi pengajaran menjadi sempadan
Agar yang dikejar bukannya cinta dunia dan nafsu
Mudahan tidak tertipu dengan janji yang sementara
Didiklah hati dengan penginsafan pengaduan pada Allah
Allah sangat suka hamba yang mengadu merintih kepadanya
Janganlah mengharap bantuan manusia yang sementara tidak kekal
Seharusnya mintalah pada Allah kerana rahmatnya semua akan selamat
Jika kita mahu selamat dunia akhirat
Berilah roh itu makan agar ianya kuat dan berguna
Berilah hak-hak yang sepatutnya dia dapat
Agar roh akan tenteram disana bila ajal mendatang kelak
Berilah roh makan dengan beramal ikhlas kerana Allah
Kerana jika roh itu kuat maka Allah akan berikan sedikit ilmu-ilmunya
Jika ilmu tersebut dimiliki maka diri lebih yakin dengan janji Allah
Mudahan diri dibimbing dan dilindungi Allah sentiasa…
No comments:
Post a Comment