Total Pageviews

Friday, December 31, 2010

JADILAH GOLONGAN YANG SEDIKIT DARIPADA YANG “RAMAI”

Betapa Ramainya golongan yang ramai berbanding golongan yang sedikit..
Kalangan sedikit terpencil terasing berbanding dengan kalangan kebanyakan..
Yang sedikit beruntunglah dan yang ramai akan rugi jatuh muflis..
Kerana yang Ramai itu sedang memburu janji dunia...

Ramai mengatakan ketenangan itu adalah dengan metrealistik..
Kebahagiaan pula ramai yang katakan akan dapat jika gembira dan senang..
Tetapi kenapa masih ramai yang Berkrisis?
Huru-hara porak peranda dalam semua institusi terutamanya Keluarga..

Sedihnya  golongan yang sedikit melihat dunia..
Ramai membuatkan dunia menjadi neraka sebelum neraka..
Syurga ramai katakan di dunia dan kubur masing-masing..
Mengapakah ramai semacam ini???
Dimanakah syurga?
Ramai yang mencarinya didunia yang fana ini..
Ramai yang malas bekerja dalam beramal kepada Allah..
Ramai yang sombong kepada Allah...

Ramai menjadikan sikap sombong dan agkuh itu sebagai rutin harian..
Ramai mahu berkasta-kasta dengan manusia amalan mereka..
Ramai mencipta Fitnah ditaburkan kepada yang sedikit atau sesama ramaihobi kegemaran..
Sering Berkira dalam segala hal dan tidak bersyukur itulah dia dalam Ramai...

Kita sudah berada di zaman jahiliyah moden..
Zaman kuku besi dan kerajaan menyombong..
Manusia mula jahil dalam beragama..
Agama mereka gadaikan kerana Janji Dunia...
Inilah janji dunia..
Ramai menganggap secara Lahiriah dengan metrealistik dikatakan bahagia..
Tenang ramai dicari dengan hiburan melampau-lampau..
Inilah yang dijanjikan kerana ramai menjadikan syaitan dan nafsu itu sebagai “Kawan”...

Alangkah sedikit yang sedar..
Alangkah ramai sekali yang Lara..
Sifat mazmumah lebih mengusai sifat mahmudah..
Apa sudah Terjadi Pada Kita???
Adakah kita golongan sedikit ataupun ramai???
Ya Allah..golongan sedikit ini tak sanggup melihat keadaan ini lagi..
Ahli agama sudah tidak Istiqomah dan hati mereka mula tidak ikhlas..
Para Artis dijadikan idola masyarakat dan kata-kata ulama dipandang enteng..
Benarlah sudah semua yang disabdakan nabi junjungan lebih 1400 tahun lampau..

Ya Allah datangkanlah dengan segera pembela agama islam ini..
Islam kini sedang dikecam dan mahu digigit keseluruhanya oleh para si kuffar danramai ini..
Belalah dan Bantulah ya Allah yang sedikit ini..
Hanya yang sedikit ini yakin sepenuhnya dengan janjimu Allah...

Yang sedikit ini merindui syiar islam kembali gemilang seperti dulu..
Yang sedikit ini sahaja yang percaya sejarah itu berlulang dan pasti berulang lagi..
Jadi tak mustahil zaman kebangkitan islam ini akan tiba tidak lama lagi...
Tak mustahil dan nostalgia lama berulang lagi dengan ketibaan seorang kekasih Allah..
Janjimu Allah yang sedikit ini menanti dengan penuh sabar...
Janjimu Allah pastinya berlaku..
Janji Dunia yang ramai itu menjadikan cinta dunia..
Janjimu Allah kepada yang sedikit ini dapat membawa kedamaiaan dan ketenangan yang dicari...

Itulah janji Allah kepada yang sedikit dan yang ramai ini...
Ayuh sama-sama kita jadikan diri kita yang sedikit ini..
Yang telah menjadi ramai kita menjadi sedikit..
Itu lebih mulia dari yang sedikit menjadi ramai kembali...

Kerana golongan itu yakni sedikit menjadi banyak kembali sebelum masa yang dijanjikan akan rugi..
Kembalilah mereka menjadi orang lama menjadi orang baru..
Mengundurkan diri dari sedikit menjadi ramai juga tidak mendapat apa-apa kecuali rugi semuanya..
istiqomahlah yang sedikit di jalan Allah yang telah ditunjukkan...
Yang sedikit akan diuji dengan kesusahan kepayahan..
Yang ramai akan diuji dengan kesenangan dan kelaraan..
Yang sedikit sebenarnya tahan diuji dengan pelbagai ujian..
Semoga Allah membantu dan meredhoi sentiasa yang sedikit ini...

Golongan yang sedikit ini tidak sesama sekali akan pupus..
Golongan sedikit ini tidak sama sekali akan lenyap..
Yang sedikit akan menjadi banyak dan berkembang..
Dan yang ramai akan lemah dan mati..

Janji Allah itu pasti..
Sememangnya pasti berlaku...
Pasti! Yang sedikit amat meyakininya.. InsyaAllah...
Mari sama-sama memeriahkan Dunia Baru Islam....

InsyaAllah yang sedikit itu akan menjadi ramai kembali..
Dan golongan yang ramai itu akan menyusut menjadi sedikit dan lama kelamaan akan lenyap..
Janji Allah pasti kepada semua...
Bersama pembelaan dan kasih sayangnya....

Thursday, December 30, 2010

PEMIMPIN SEJATI v.s PEMIMPIN JAHIL



Pemimpin sejati
Kepimpinannya melalui keteladanan yang ditunjukkan
pemimpin jahil
kepimpinannya melaui kejahatan yang dipamerkan

Pemimpin sejati
Membetulkan dirinya terlebih dahulu sebelum memimpin
Pemimpin yang jahil
Mahu menjadi pemimpin tetapi dirinya masih jahil agama

Pemimpin sejati
Sanggup bermula dari bawah sebagai pengikut setia kawan
Pemimpin jahil
Sanggup tergamak melompat dari bawah terus ke atas kerana agak segan menjadi pengikut

Pemimpin yang sejati
Tidak berhasrat mahukan jawatan pagkat dan harta menimbun banyaknya
Pemimpin yang jahil
Sudah menjadi tradisinya akan cintakan harta pagkat tahta dan wanita

Pemimpin sejati
Sebenarnya tidak menginginkan kuasa tetapi bila dipinta ia merelakan hati memimpin rakyat
Pemimpin yang jahil
sebetulnya menjadi cita utama mahu berkuasa bila dipilih mula besar kepala dalam kepimpinan

Pemimpin sejati
Kuasanya digunakan sebaiknya membawakan keadilan
Pemimpin yang jahil
Kuasanya digunakan sewenang-wenangnya untuk menindas rakyatnya

Pemimpin yang sejati
Membentuk dirinya berilmu pengetahuan sebelum memimpin rakyatnya
Pemimpin yang jahil
Mahu menjadikan dirinya pemimpin kerana tamakkan kuasa dan kedudukan

Pemimpin yang sejati
Seorang yang alim warak dan faqih
Pemimpin yang jahil
Seorang yang buta agama dan lara

Pemimpin yang sejati
Seorang yang ahli zuhud dan bersifat qanaah
Pemimpin yang jahil
Seorang yang cintakan dunia dan tamak haloba

Pemimpin yang sejati
Mempunyai sifat semulajadi mendidik pengikut untuk taat dan setia
Pemimpin yang jahil
Mempunyai sifat rasuah koropsi mendidik pengikut dengan duit yang ditaburnya

Pemimpin yang sejati
Seorang yang amat takut pada Allah
Pemimpin yang jahil pula
Seorang yang derhaka kepada Allah

Pemimpin yang sejati
Memperjuangkan agama islam teras perpaduan ummat sekalian
Pemimpin yang jahil
Memperjuangkan suatu bagsa,kaum atau keturunannya asas kepada cinta dunia

Pemimpin yang sejati
Sering menempatkan dirinya kepada tempat-tempat kebaikan seperti masjid
Pemimpin yang jahil
Selalu suka mengunjungi tempat-tempat maksiat dan yang tak berfaedah 

Pemimpin yang sejati
Seorang pemberani sanggup memimpin pasukan untuk berjuang ke medan jihad
Pemimpin yang jahil
Seorang yang kecut mengantikan orang lain memimpin pasukan kerana takut mati


Pemimpin yang sejati
Memperjuangkan Agama Islam laksana memegang bara api yang panas membara
Pemimpin yang jahil
Memperjuangkan dunia dan seisinya agar sentiasa berkuasa walau apa jua sekalipun

Pemimpin yang sejati
Bersumpah setia pada agama amanah sekali disaksikan oleh saksi yang amanah
Pemimpin yang jahil
Bersumpah palsu dan saksi pun palsu kerana membela kedudukannya

Pemimpin yang sejati
Seorang yang suka berjemaah di masjid atau disurau kawasannya
Pemimpin yang jahil
Batang hidungnya jarang sekali nampak di masjid dan suka menempat jauh darinya

Pemimpin yang sejati
Wang rakyat digunakan sebaiknya dengan amanah sekali menjunjung kejujuran diri
Pemimpin yang jahil
Wang rakyat selalu diseleweng disalah gunakan untuk kepentingan diri dan keluarga

Pemimpin yang sejati
Mencari yang halal dan bersih menjadi keutamaan dalam kehidupan sehariannya
Pemimpin yang jahil
Mendapatkan yang haram menjadi darah dagingnya di dalam kehidupannya

Pemimpin yang sejati
Keluarganya dididik dengan ilmu agama dan patuh dalam beragama
Pemimpin yang jahil
Keluarganya dibiarkan lintang pukang buat hal masing sendiri

Pemimpin yang sejati
Isterinya dijaga diperhatikan selalu apa yang dia buat dikerjakan
Pemimpin yang jahil
Isterinya dibiarkan bebas bergerak tanpa kawalan dan suaminya”Dayus”

Pemimpin yang sejati
Nasihat pengikut dan masyarakat diambil pakai untuk meluruskan kepimpinan
Pemimpin yang jahil
Berlaku zalim terhadap siapa sahaja menegurnya pasti dikenakan hukuman berat

Pemimpin yang sejati
Berlaku adil pada semua rakyat sekalian
Pemimpin yang jahil
Berlaku zalim tanpa usul periksa terhadap rakyatnya

Pemimpin yang sejati
Sanggup turun padang bersusah payah berjumpa rakyat bertanya khabar dan berita
Pemimpin yang jahil
Malas berjumpa rakyatnya dan malah ditindas pula rakyatnya yang tak berdosa

Pemimpin yang sejati
Memenuhi dirinya dengan sifat mahmudah sejati
Pemimpin yang jahil
Menjadikan dirinya memiliki sifat mazmumah dan berbangga-bangga kerananya

Pemimpin yang sejati
Melengkapkan dirinya sekurang-kurangnya solat lima waktu tidak ditinggalkan
Pemimpin yang jahil
Tepuk dada Tanya iman mereka semua bagaimana


Pemimpin yang sejati
Menjadikan dirinya sering berkata benar walaupun pahit menelannya dalam kebenaran
Pemimpin yang jahil
Menabur fitnah dan dusta terhadap lawannya menjadi hobi bila memimpin dan berkuasa

Pemimpin yang sejati
Menjadikan ulama sekalian sebagai penasihat utamanya
Pemimpin yang jahil
Menjadikan pengikutnya yang jahil sebagai penasihatnya

Pemimpin yang sejati
Menghormati ulama tiada bandingan kerana ilmu mereka
Pemimpin yang jahil
Tidak memperdulikan ulama malah mencemuh menghina ulama

Pemimpin yang sejati
Sangat berhati-hati dan berwaspada dalam mengeluarkan fatwanya
Pemimpin yang jahil
Mengeluarkan fatwanya sesuka hatinya dan jahil dalam fatwanya

Pemimpin yang sejati
Membentuk dirinya dan memimpin dengan acuan Al-quran dan sunnah rasul
Pemimpin yang jahil
Membentuk dirinya dan memimpin dengan falsafah barat dan menggunakan logik akal semata

Pemimpin yang sejati
Menggunakan kesemua hukum-hukum dari Al-quran dan sunah di dalam memimpin
Pemimpin yang jahil
Menolak hukum agama mengunakan hukuman barat yang berat sebelah itu

Pemimpin yang sejati
Membela hak kebenaran biarlah dirinya menempuh susah payah
Pemimpin yang jahil
Membela dan memanjakan kejahatan menjadi hobinya

Pemimpin yang sejati
Bersagka baik dalam kepimpinannya menjadi keutamaan
Pemimpin yang jahil
Sering berperangsagka buruk terhadap semua orang

Pemimpin yang sejati
Selalu merendah diri tidak menunjuk-nunjuk di mata rakyat
Pemimpin yang jahil
Sering membesar diri dan riak serta sombong di mata rakyatnya

Pemimpin yang sejati
Tidak mahu membezakan dirinya dengan orang lain disekelilingnya
Pemimpin yang jahil
Suka berkasta-kasta dalam kehidupan sehariaanya

Pemimpin yang sejati
Tak banyak menabur janji tapi banyak menabur jasa tak minta dibalas dan mengugkitnya
Pemimpin yang jahil
Sering menabur janji tetapi tunai tak pernah cukup dan selalu mengungkit jasanya


Pemimpin yang sejati
Bila tak berkuasa lagi,pengikut kawan dan lawan masih hormat segan kepadanya
Pemimpin yang jahil
Bila tak berkuasa, pengikut dan kawan beralih arah dan mula disisihkan dilupakan

Pemimpin sejati 
Mendambakan menjadikan dirinya berada didalam kebenaran yang hak
Pemimpin jahil
Menjadikan dirinya berada didalam Kedustaan penyelewengan serta kepalsuan

Sekarang ini dapat dilihat di depan mata semua
Perbezaan ketara antara keduanya ini
Pemimpin yang jahil semakin bertambah dan menjadi raja dunia
Pemimpin yang sejati semakin berkurangan dan sering disisihkan

Apa sudah terjadi wahai rakyat-rakyat semua
Sanggupkah dipimpin oleh orang jahil atau orang yang berilmu
Sanggupkah dipimpin mereka yang menolak agama atau mereka yang memperjuangkannya
Adakah rela atau terpaksa? adakah keikhlasan hati atau wang yang ditabur dalam memilih? 

Yang benar tetaplah benar.
yang salah tetaplah salah
Yang benar diuji kesusahan
Yang salah duji kesenangan

Fikirkan masak-masak renungi bersama-sama
Pemimpin sejati v.s Pemimpin jahil
Menyokong yang hak ataukah yang batil???
Hak Kebenaran pasti datang dengan kemenangan gemilang

ZAMAN SALAFUS SOLEH KALI KEDUA

Sungguh indahnya hidup pada zaman itu
Dimasa kedaulahan islam kembali menyinari bumi yang gelita
Sungguh tenang dan bahagia rasanya pada zaman itu
Itulah penyambung zaman salafus soleh kali kedua pada dunia baru islam

Selama ini gelita menjadi cahaya
Yang lesu longlai menjadi bertenaga bersemangat
Yang perit menderita menjadi bahagia dan tenang
Itulah bila zaman baru islam bermula mewarnai kehidupan
Selama ini penuh dengan lakonan sandiwara
Akan datang menjadi pemuka yang ikhlas beramal berjuang
Selama ini miskinnya amal peribadi diri
Akan datang dengan amalan dan taqwa yang padu

Sungguh bahagia rasanya
Bila disekeliling mula mendambakan diri sepenuhnya kepada Allah
Sungguh tenang rasanya
Bila disekeliling dapat hidup bersyariat dan hak asasi terbela
Indahnya sekali zaman itu
Bila penghayatan islam dihayati sepenuhnya
Tiada lagi penderitaan,tiada lagi huru-hara
Yang ada hanya pembelaan dan aman sentosa

Sifat mahmudah yang hak kembali dilaksanakan
Mulianya Akhlak mereka dalam kehidupan
Undang-undang Islam kembali dilaksanakan
Semua setia taat dan patuh perintah Allah itulah mereka
Mereka  mengembalikan quran dan sunnah yang selama ini dipandang rendah
Mereka juga sanggup berkorban bersusah payah dalam memperjuangankan islam
Mereka hidup bahagia kemanisan iman dirasai bersama-sama ukhwah terjalin berkekalan
Berkasih sayang merapatkan siraturahim itulah mereka

Pemimpin adalah dari mereka yang paling amanah dan bertaqwa seperti Umar al-khattab dan Umar Abdul Aziz
Pemuda mereka adalah seperti Muhammad Al-fateh yang berani,berdisiplin dan bertaqwa
Anak-anak mereka seperti Usamah bin zaid yang soleh dan bercita-cita tinggi untuk berjuang
Kaum hawa pula seperti siti khadijah ibu mithali dan fatimah dan Aisyah yang cerdik solehah
Para pewaris  pejuang kebenaran adalah seperti Salahuddin Al-Ayubi
Para mujahid dakwah  kebenaran seperti empat imam mazhab yang gigih berdakwah memandu ummah
Para dermawan  dan pengiat ekonomi islam adalah seperti Abdurahman bin Auf
Para ahli hikmah pula seperti Lukmanul hakim dan Imam Al-Ghazali

Itulah mereka di zaman itu nanti
Mereka adalah penegak manhaj syumul islami yang gigih
Mereka adalah orang bertaqwa antara paling bertaqwa antara mereka
Merekalah ummah terbaik akhir zaman sabda Rasulullah yang telah disabdakan lebih 1400 tahun lampau
Alangkah indahnya hidup ini bila diri kita berada di zaman itu
Mereka hidup bersama Ilahi...Itulah zaman orang-orang bertaqwa
Sudah tidak sanggup rasanya Hidup di zaman fitnah ini lagi yang diperintah oleh si kuffar dan munafik
Ya Allah engkau panjangkanlah umur kami agar dapat merasa hidup bersyariat pada zaman itu...
Amin...Ya Robbal alamin...

Alangkah indah sekali bila Islam itu memerintah seluruh buana..
Alangkah malangnya bila islam itu “diperintah” seperti masa kini..
Kerana islam itu mesti memerintah untuk terus berdaulah..
Bukannya  “diperintah” menjadikan  undang islam dan fatwanya dikeluarkan mengikut citarasa dan acuh tak acuh melaksanakan...

Selamat datang Dunia Baru Islam...
Selamat jalan zaman Fitnah menyombong ciptaan si Kuffar dan si munafik...
Janji Allah tetap dihati para Perindu Islam....
Dunia Baru islam dinanti dengan penuh kerinduan...
Marilah kita semua Berhijrah kepada zaman salafus soleh kali kedua ini...